bila terlampau sayang
ape yang kau buat semua aku suka
tak kira baik ke buruk
andai baik kau lah yang terbaik segala pujian diberi
andai buruk kau dikata nakal yang comel
tidak ada cacatnya kamu dimata aku.
bila terlampau memuja
aku berhabis masa untuk kamu
tak kira aku ade assignment yang baru lecturer bagi
andai lama lamalah masaku habis
andai sebentar akan ku ulang berkali-kali
tidak pernah tiada masa untuk kamu
bila terlampau suka
aku berhabis duit untuk kamu
tak kira aku sudah dpt elaun ke belom
andai mahal semakin keringlah dompetku
andai murah semakin banyak yang aku belikan
tidak pernah pokai jika untuk kamu.
bila terlampau percaya
aku tetap menunggu kamu
tak kira andai aku didatangi orang lain
andai lama,lamalah akan ku tunggu
andai sebentar,aku bersyukur
tidak pernah jemu menunggu kamu.
bila terlampau mahu
aku belajar mengenali kamu dan keluarga kamu dan orang sekeliling kamu
tak kira senang ataupun sukar
andai sukar,semakin sukarlah
andai senang,bergembiralah
tidak pernah letih belajar
bila terlampau minat
aku dipersendakan oleh orang sekeliling
tak kira pedas atau manis.
andai pedas aku senyum saje
andai manis aku senyum saje
tidak pernah menyesal mengenali kamu..
p/s-benda ni hanya berlaku kpda sesetengah orang yang macam aku jek..
sape yg rsa ade kaitan tu,suke ati ko lah..hahaha
1 comment:
sis buddy! i want to take this okay.. just want to give it to a friend that had the same situation like this.. he really need to read this! :)
Post a Comment