Monday, January 14, 2013

nasihat kakak untuk adik.

ada sejenis manusia,
terlalu bergantung kepada orang.

ada sejenis manusia,
suka buat tak tahu saja.

ade sejenis manusia,
suka menyakitkan hati orang.

ade sejenis manusia,
suka cari pasal dengan orang.

ada sejenis manusia,
tak puas setelah disuap.

ada sejenis manusia,
tak reti berterima kasih.

ada sejenis manusia,
langsung tak bertimbang rasa.

ada sejenis manusia,
fikir dia lebih baik dari orang lain.

ada sejenis manusia,
bodoh sombong.

kalau kita ambik pot,makin menjadi-jadi.
jadi tak payah ambik pot.

biarkan dosanya bertambah kerana mengeji kita,
kita tak perlu tambah doa kerana mengutuk dia.

andai kita yakin kita dipihak yang benar,
tak perlu ambil kisah dengan orang yang cuba mengucar-kacir.

hidup kamu baru dipermulaan.
pertemuan dengannya baru introduction.
banyak lagi jenis-jenis manusia yang kamu akan jumpa nanti.
dan mungkin lebih teruk dari ini.
anggap ini satu cabaran.
untuk menghadapi hari esok.

yang penting,
kita jangan ulangi apa yang dibuat oleh nya,
terhadap orang lain.

jangan lakukan sesuatu yang kamu sendiri kutuk.
jangan jilat ludah sendiri.

senyum dik,
kerana itu penawar.

penawar bagi kita,mungkin racun baginya.
dia akan berhenti selepas dia tahu,
walau apa pon dia buat,
adik tetap mampu tersenyum.


No comments: