Friday, December 23, 2011

Aku di tengah-tengah.

Aku pelik,pening,bingung dengan sikap sendiri..
Dulu aku cakap aku benci tp ternyata aku sendiri yang buat..
Aku benci orang menipu tp akhirnya aku sendiri yg menipu..
Aku marah dengan ketidakmatangan tp akhirnya aku sendiri yg kebudak-budakan..

Aku malu dan malu bila ini terjadi..
Kenapa aku perlu buat begini?
Kepana aku turut sama menipu?
Jadi,berbezakah aku dengan yg lain?
Orang yang aku marah-marahkan..
Orang yg aku kecewakan..
Hai,tiba-tiba terasa diri ini hina..

Namun niatku bukan lah menghinanya dengan menipu..
Aku cuba berbaik dengan harapan aku akan menemui bukti..
Aku cuba berbaik dengan harapan dia berubah..
Aku cuba berbaik dengan harapan aku dapat memahami kenapa dia bersikap begitu..
Aku cuba berbaik dengan harapan aku menjadi tempat dia berkawan..

Aku punyai pandangan sendiri tentang dia..
Tidak,aku bukan tertipu lagi kerana aku bukanlah si bodoh yang percaya sebulat-bulatnya..
Dah aku juga yakin dia juga bukan si bodoh yg tidak mengecam aku..
Dia cuba menyelamatkan diri dan aku cuba membongkar rahsianya..
Dia bijak tp aku harus lebih bijak..
Pandangan ini mungkin lebih baik aku simpan untuk diri sendiri..
Sehingga sampai masa aku punyai waktu lagi untuk berkongsi..
Ketika ini,aku akan terus mencuba menjadi seseorang yang dia percaya..

Jadi, Aku, ikhlaskan diri
Tapi ku tahu belum cukup dengan berkata baik..
Haruskah aku mengkhabarkan hal sebenar?
Tentang apa yang kami fikirkan?
Haruskah aku membongkarkan kemusykilan?
Tentang apa yang kami tahu?
Haruskah aku meluahkan kebencian?
Tentang apa yang dilakukannya?
Haruskah?

Namun,aku bukanlah penyajak terbilang yg mampu mencorakkan kata-kata azimat..
Aku bukanlah penegak keadilan tegar yg membanteras jenayah berat..
Aku bukanlah pahlawan hebat yg memerangi penyelewengan..
Aku bukanlah sang nuri yang bijak berkata-kata..
Aku cuma sang kancil yang berbibir manis namun akhirnya dibenci dan dihindari..

Aku tak mahu jadi sang kancil yang licik itu..

Nota telinga dan cuping-2 orang sepupu aku dapat result PMR semalam..sorang,Alhamdulillah dapat 8A..sorang lagi,belom amek result sebab bercuti ke Shah Alam,(aku tak tahu tanpa niat atau dengan niat tu pergi bercuti time orang amek result)..XP..ape2 pon tahniah sepupu2 ku n kawan2 fandom aku yang lain..ingat adik2,PMR ni bukan ape2 pon..SPM lagi penting..manfaatkan setahun yg diberi untuk membina kecintaan kepada subjek2 killer itu..=)..AddMaths la!..xreti,tanya saya ye..saya best student AddMaths taw dolu2.. #perasannakmampos




No comments: